Dulu aku seorang kanak-kanak,
yang Girang dan Gembira,
kerana aku mempunyai Ayah dan Ibu,
disampingku.
Aku dapat berkongsi segala-galanya,
bersama mereka,
Dalam Suka,Duka, dan Gembira,
Dan tidak kira dimana aku berada sekalipun,
mereka tetap berada sampingku selalu,
Menemani di setiap langkah dan perjalanan hidup aku,
Aku melangkah dengan penuh Keyakinan,
tanpa berasa sedikit pun rasa takut,
Semua kemahuan aku akan sentiasa di turuti.
Semua akan aku dapat!
Dari Ayah dan Ibu.
Tetapi kini,
Semua kebahagiaan yang aku kecapi dahulu,
hanya buat seketika Waktu.
Kini mereka telah pergi,
Mereka telah BERPISAH dari sebuah ikatan,
Perkahwinan yang telah terbina dahulu!
Kini mereka telah hidup berdikari dan mencari haluan,
masing-masing.
Di atas Kesibukan Mereka,
Aku dibiarkan menjalani kehidupan aku sendiri,
Aku mula belajar hidup Berdikari,
Tidak kira Suka dan Duka kehidupan Seharian aku,
Aku Gagahkan untuk bangun sendiri,Tanpa,
Ada tangan yang menghulurkan bantuan.
Meskipun aku tergapai-gapai.
Aku pendamkan segala-galanya di dalam Hati,
Walaupun ia sangat terluka dan penuh dengan
Kesengsaraan.
Kini,
Aku telah pun menjadi Dewasa,
Dan menjadi seorang Anak Remaja,
Tetapi aku belum lagi,
menemui kebahagian yang aku cari itu.
Tetapi aku Yakin Suatu hari nanti,
pasti aku akan menemui Kebahagiaan itu.
Tetapi Aku tahu,
Tidak semua kenangan,
Dan kepahitan itu,
Pahit untuk di telan,
Malah ia mengajar kita erti KESABARAN.
Malah ia juga mengajar kita menjadi,
Seorang yang lebih MATANG,
dalam menjalani KEHIDUPAN seharian..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan