^_^ TERIMA KASIH SAHABAT ^_^
Wahai sahabatku sayang,
TERIMA KASIH,
Kerana sudi berada di sampingku,
Disaat dan di waktu aku amat memerlukan dirimu,
Di waktu-waktu aku hampir terjatuh dan tercundang,
Kau ada untuk menemani aku,
Kau ada disampingku,
Untuk memberikan aku nasihat dan dorongan,
kepada aku.
Wahai sahabatku sayang,
TERIMA KASIH,
Kerana kau sudi menjadi pendengar yang setia,
kau sudi menjadi tempat untukku meluah segala,
Kesedihan dan kegembiraan aku.
Kau juga sudi menjadi tempat untuk aku menangis,
di kala aku kesedihan.
Wahai sahabatku sayang,
Aku tidak tahu bagaimana dan apa harus aku lakukan,
Jika Kau tiada,
Wahai sahabatku sayang,
Aku tidak tahu bagaimana harus aku,
balas semua kebaikan kau di sampingku,
Menolong di saat aku memerlukan mu,
Aku berharap Allah akan membalas semua kebaikan mu,
terhadap diri aku.
Wahai sahabatku sayang,
Aku ingin kau tahu,
Aku amat menyayangi dirimu,
Wahai sahabatku,
Aku amat menghargaimu dan persahabatan,
yang telah terjalin ini,
Selagi hayat dikandung badan,
Aku akan sentiasa berada disampingmu,
Dan akan sentiasa memegang tanganmu,
Wahai sahabatku.
Wahai sahabatku sayang,
Aku amt berharap agar persahabatan,
Kita ini akan terjalin sampai bila-bila,
Sampai ke Akhir hayat kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan